Tuesday, May 21, 2013

PEMPROSESAN PUYUH

Puyuh yang telah sampai ketempat pemprosesan perlu diproses secepat mungkin. Bakul-bakul puyuh hendaklah ditempatkan didalam kawasan khas yang disediakan untuk pemunggahan. Kebersihan perlu dijaga semasa melakukan penyembelihan. Keadah penyembelihan mengikut kehendak hukum Islam perlu dilaksanakan. Teknik penceluran dan pembuangan bulu dijalankan dengan baiknya untuk mengelakkan berlaku kerosakan keatas daging seperti patah kaki, koyak kulit atau hancur. Tentukan pembuangan isi perut dilakukan dengan sempurna sehingga bersih. Paru-paru mesti dikeluarkan. Puyuh yang siap diproses hendaklah dibasuh dengan sebersih-bersihnya dan disejukkan sebelum dibungkus. Tentukan keadaan kawasan sentiasa berada dalam keadaan bersih. Puyuhpuyuh yang telah siap dibungkus hendaklah disimpan kedalam peti sejuk untuk dijualkan









PROSES PENETASAN

INCUBATOR

Jika Anda ingin menetas dan berkembang biak puyuh telur anda akan memerlukan Inkubator puyuh. Inkubator ini seperti tempat yang aman bagi telur untuk menetas ketika dalam ketiadaan ibu. Penetasan terjadi di inkubator. Ada berbagai inkubator tersedia secara online. Beberapa perusahaan membuat inkubator dan ada banyak model untuk memilih dari. Model ini bervariasi dalam fitur dan harga. Anda dapat memilih inkubator yang ideal untuk Anda dan satu yang cocok dengan anggaran Anda.



Jenis Inkubator: Ada beberapa inkubator yang memiliki lubang untuk sirkulasi udara di dalam. Anda harus memilih inkubator ini kepada mereka yang membutuhkan perangkat eksternal seperti kipas untuk ventilasi. Kemudian bisa inkubator yang otomatis yang memungkinkan memutar telur atau mereka di mana Anda perlu secara manual menghidupkan telur untuk inkubasi telur yang sama.






VIDEO PENETASAN TELUR PUYUH.



REBAN


FAKTOR PEMILIHAN TAPAK REBAN

  • Kawasan reban hendaklah jauh dari kawasan perumahan dan ladang ternakan yang lain.
  • Kawasan hendaklah bebas dari banjir. 
  • Mempunyai kemudahan jalan bagi pengangkutan barangan dari luar ke ladang dan sebaliknya. 
  • Kawasan mempunyai peredaran udara yang baik. 
  • Ladang hendaklah jauh dari kawasan perkampungan. 
  • Jauh dari ladang unggas yang lain. 
  • Tanah yang mendatar tetapi tidak mudah dinaiki air. 
  • Kawasan yang mempunyai peredaran udara yang baik 

CIRI – CIRI UMUM REBAN

  •  Anggaran saiz ruang untuk seekor burung puyuh dewasa ialah 210cm².
  •  Saiz bangsal untuk memuatkan 10,000 ekor puyuh adalah 10m lebar x 21m panjang dan 3.6m tinggi dengan luas kawasan pemeliharaan 210cm²/ekor.
  •  Jarak antara 2 bangsal adalah sekurang-kurangnya 15m. Kawasan penternakan dipagar untuk mengelakan ganguan dari luar.
  •  Pengusaha digalakan menjalankan aktiviti sembelihan dan menjual puyuhsecara bersih proses.
  • Dengan cara ini, pengusaha perlu menyediakan loji pemprosesan sendiri. 
  •  Berjauhan dari kawasan penternakan.
  • Bilik sejuk atau peti sejuk perlu disediakan untuk menyimpan stok puyuh proses.




PEMBERSIHAN REBAN

Setelah tamat pemeliharaan sekumpulan puyuh maka kebersihan bangsal perlu dijalankan dengan segera. Ini adalah untuk menjamin bangsal bersih dari kekotoran dan kuman serta virus penyakit untuk kumpulan puyuh seterusnya. Program kebersihan bangsal adalah seperti berikut :

  • Keluarkan sampah sarap lama/najis 
  • Keluarkan dan cuci peralatan makanan 
  • Bersih bekas minuman dan servis bekas minuman otomatik. 
  • Lakukan semburan racun serangga termasuk kawasan bumbung.Gunakan bancuran mengikut syor dan peraturan pembekal. 
  • Pembasuhan bangsal dengan menggunakan air. Pengunaan 'High pressure sprayer' amat digalakan. 
  • Lakukan semburan racun pembasmi kuman. Gunakan bancuhan mengikut syor dan peraturan pembekal..

JENIS BURUNG PUYUH




Antara baka puyuh yang banyak terdapat di pasaran ialah kacukan tempatan :

· Contrunix Japonica.
· Japanese Taiwan.
· Super Quail.
· Puyuh Putih.
· French Quail.
                                                     
Jenis –jenis burung puyuh yang lain adalah:

Arborophila Javonavic


Arborophila Javonavic atau biasa disebut sebagai puyuh gonggong memiliki suara yang terdengar mirip gong kecik dengan ciri-ciri fisik badan yang bulat dengan panjang tubuh sekitar 25 cm. Burung puyuh ini memiliki kepala yang berwarna merah gelap , paruh  yang berwarna hitam, kaki berwarna merah muda, warna badan kelabu dan agak kecokelatan. Burung ini memiliki ekor kebawah.puyuh ini hanya bertelur sebanyak 2 – 3 biji dalam sekali masa bertelur.


Rollulus Roulroul


Rollulus Roulroul atau lebih dikenali sebagai puyuh mahkota memiliki ciri-ciri bulu yang berwarna hijau untuk jantan dengan warna ekor belakang yang berwarna kebiru-biruan.Selain itu puyuh mahkota juga memiliki bulu sayap yang berwarna coklat gelap yang bulu pada bahagian kepala yang terlihat seperti kipas.Puyuh mahkota betina memiliki ciri-ciri fisik bulu yang berwarna biru coklat muda dan tidak memiliki bulu yang mirip kipas pada bahagian kepala.

Coturnix Chinensis


Coturnix Chinensis atau dikenali sebagai puyuh batu memiliki ciri fisik dengan panjang badan yang berukuran sekitar 15 cm.Puyuh batu jantan memiliki perut yang berwarna coklat,pada bahagian ekor terdapat warna campuran antara coklat serta garis yang berwarna kehitaman.Sedangkan untuk puyuh batu betina memiliki ciri fisik dengan warna coklat muda dengan garis kehitaman berserta kemerahan.Burung puyuh mampu bertelur sebanyak 4 hingga 6 biji dalam sekali bertelur.




Coturnix Japonica Quail


Japanese Taiwan Quail



White Quail       



                Super Quail


French Quail      


Bobwhite Quail




PENGENALAN BURUNG PUYUH


PENGENALAN



· Puyuh merupakan sejenis burung
· Sifatnya sama dengan ayam tetapi saiznya kecil dan tidak boleh terbang.
· Pemeliharaan tidak memerlukan kawasan yang luas. Biasanya 50 puyuh dewasa/ 1m persegi.
· Puyuh lebih tahan penyakit berbanding ayam.
· Najis kurang berbau dan boleh dibuat baja.
· Tidak memerlukan modal yang banyak.
· Kejayaan menternak puyuh bergantung kepada sistem perumahan yang sesuai dan sistem pengurusan yang cekap.