Puyuh yang telah sampai ketempat pemprosesan perlu diproses secepat mungkin. Bakul-bakul puyuh hendaklah ditempatkan didalam kawasan khas yang disediakan untuk pemunggahan. Kebersihan perlu dijaga semasa melakukan penyembelihan. Keadah penyembelihan mengikut kehendak hukum Islam perlu dilaksanakan. Teknik penceluran dan pembuangan bulu dijalankan dengan baiknya untuk mengelakkan berlaku kerosakan keatas daging seperti patah kaki, koyak kulit atau hancur. Tentukan pembuangan isi perut dilakukan dengan sempurna sehingga bersih. Paru-paru mesti dikeluarkan. Puyuh yang siap diproses hendaklah dibasuh dengan sebersih-bersihnya dan disejukkan sebelum dibungkus. Tentukan keadaan kawasan sentiasa berada dalam keadaan bersih. Puyuhpuyuh yang telah siap dibungkus hendaklah disimpan kedalam peti sejuk untuk dijualkan
No comments:
Post a Comment