Tuesday, May 21, 2013

REBAN


FAKTOR PEMILIHAN TAPAK REBAN

  • Kawasan reban hendaklah jauh dari kawasan perumahan dan ladang ternakan yang lain.
  • Kawasan hendaklah bebas dari banjir. 
  • Mempunyai kemudahan jalan bagi pengangkutan barangan dari luar ke ladang dan sebaliknya. 
  • Kawasan mempunyai peredaran udara yang baik. 
  • Ladang hendaklah jauh dari kawasan perkampungan. 
  • Jauh dari ladang unggas yang lain. 
  • Tanah yang mendatar tetapi tidak mudah dinaiki air. 
  • Kawasan yang mempunyai peredaran udara yang baik 

CIRI – CIRI UMUM REBAN

  •  Anggaran saiz ruang untuk seekor burung puyuh dewasa ialah 210cm².
  •  Saiz bangsal untuk memuatkan 10,000 ekor puyuh adalah 10m lebar x 21m panjang dan 3.6m tinggi dengan luas kawasan pemeliharaan 210cm²/ekor.
  •  Jarak antara 2 bangsal adalah sekurang-kurangnya 15m. Kawasan penternakan dipagar untuk mengelakan ganguan dari luar.
  •  Pengusaha digalakan menjalankan aktiviti sembelihan dan menjual puyuhsecara bersih proses.
  • Dengan cara ini, pengusaha perlu menyediakan loji pemprosesan sendiri. 
  •  Berjauhan dari kawasan penternakan.
  • Bilik sejuk atau peti sejuk perlu disediakan untuk menyimpan stok puyuh proses.




PEMBERSIHAN REBAN

Setelah tamat pemeliharaan sekumpulan puyuh maka kebersihan bangsal perlu dijalankan dengan segera. Ini adalah untuk menjamin bangsal bersih dari kekotoran dan kuman serta virus penyakit untuk kumpulan puyuh seterusnya. Program kebersihan bangsal adalah seperti berikut :

  • Keluarkan sampah sarap lama/najis 
  • Keluarkan dan cuci peralatan makanan 
  • Bersih bekas minuman dan servis bekas minuman otomatik. 
  • Lakukan semburan racun serangga termasuk kawasan bumbung.Gunakan bancuran mengikut syor dan peraturan pembekal. 
  • Pembasuhan bangsal dengan menggunakan air. Pengunaan 'High pressure sprayer' amat digalakan. 
  • Lakukan semburan racun pembasmi kuman. Gunakan bancuhan mengikut syor dan peraturan pembekal..

No comments:

Post a Comment